LOS ANGELES: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60 tahun, adalah antara 31 selebriti yang dipilih menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi kelompok artis 2024.
Pengumuman dibuat Dewan Perniagaan Hollywood, di mana senarai pendek dinilai daripada ratusan pencalonan yang diterima pada 16 Jun lalu.





