Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nama Michelle Yeoh di Hollywood Walk of Fame

Jun 30, 2023 | 5:30 AM
PENGIKTIRAFAN CEMERLANG: Pelakon Tan Sri Michelle Yeoh dicalonkan untuk menerima bintang di Hollywood Walk of Fame
PENGIKTIRAFAN CEMERLANG: Pelakon Tan Sri Michelle Yeoh dicalonkan untuk menerima bintang di Hollywood Walk of Fame - Foto AFP

LOS ANGELES: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60 tahun, adalah antara 31 selebriti yang dipilih menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi kelompok artis 2024.

Pengumuman dibuat Dewan Perniagaan Hollywood, di mana senarai pendek dinilai daripada ratusan pencalonan yang diterima pada 16 Jun lalu.

Antara nama lain yang turut tersenarai termasuklah pelakon Black Panther, mendiang Chadwick Boseman; penyanyi rap, Dr Dre dan pelakon, Gal Gadot.

Turut dicalonkan, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige; pelakon-pelakon Maggie Gyllenhaal, Chris Pine, Ken Jeong; penyanyi Gwen Stefani dan lain-lain.

Michelle melakar sejarah pada Mac lalu apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah Academy Award atau juga lebih dikenali sebagai Oscar.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menang menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem, Everything Everywhere All At Once.

Beliau sempat mengadakan acara menyambut kepulangannya, yang diraikan ribuan peminat di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi ucapannya, beliau sentiasa berbangga mengaku dirinya anak jati Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg