MUMBAI: Harga beras global kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun, dijangka meningkat lagi dengan India bakal meningkatkan pembayaran kepada petani dan ancaman El Nino yang menjejas negara-negara pengeluar utama.
India menyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia, iaitu 56 juta tan pada 2022, tetapi inventori yang rendah bermakna sebarang pengurangan penghantaran bekalan akan menaikkan harga makanan...





