Lebih 8.3 juta pelanggan yang kini menggunakan aplikasi FairPrice dan aplikasi teksi CDG Zig tidak lama lagi boleh menyepadukan perbelanjaan mereka merentasi wadah tersebut untuk menikmati faedah berperingkat secara bersama yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, FairPrice Group dan ComfortDelGro mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyediakan program ganjaran kepada pelanggan...





