Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gabungan aplikasi FairPrice, CDG Zig beri ganjaran lebih baik bagi pengguna

Jul 12, 2023 | 7:35 PM
APLIKASI HARIAN: Aplikasi FairPrice dan aplikasi teksi CDG Zig akan menyepadukan aplikasi untuk manfaat lebih 8.3 juta pengguna.
APLIKASI HARIAN: Aplikasi FairPrice dan aplikasi teksi CDG Zig akan menyepadukan aplikasi untuk manfaat lebih 8.3 juta pengguna. - Foto BH

Lebih 8.3 juta pelanggan yang kini menggunakan aplikasi FairPrice dan aplikasi teksi CDG Zig tidak lama lagi boleh menyepadukan perbelanjaan mereka merentasi wadah tersebut untuk menikmati faedah berperingkat secara bersama yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, FairPrice Group dan ComfortDelGro mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyediakan program ganjaran kepada pelanggan masing-masing.

Apabila pengguna menggunakan aplikasi yang menyatukan perbelanjaan barangan keperluan harian, pengguna akan dapat nilai dan penjimatan yang lebih besar.

MoU itu akan menjadi kerjasama pertama industri runcit dan pengangkutan.

Menurut Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran FairPrice Group, Encik Alvin Neo berkata: “Kami berusaha untuk kekal relevan terhadap pelanggan kami dengan mengubah gaya hidup mereka.

“Perkongsian ini menandakan satu peristiwa penting dalam strategi transformasi digital kami yang bukan sahaja memberi insentif kepada pelanggan untuk memaksimumkan penjimatan apabila mereka membeli belah dalam ekosistem FairPrice, bahkan mengukuhkan misi kami untuk menyederhanakan kos sara hidup memandangkan tekanan inflasi yang berlarutan.”

Peningkatan akan dibuat pada kedua-dua aplikasi FairPrice dan CDG Zig pada akhir tahun untuk membolehkan para pelanggan menikmati kemudahan mengesan perbelanjaan, mata ganjaran perbelanjaan dalam aplikasi dengan mudah.

Selain itu, program ini akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menawarkan diskaun dan tawaran khas mengikut tabiat berbelanja pelanggan supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada nilai yang lebih tinggi dalam kategori perbelanjaan terpilih seperti perbelanjaan runcit, makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahteraan serta pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif CDG Zig, ComfortDelGro, Encik Stephen Chow berkata beliau gembira melihat dua jenama tempatan kukuh bekerjasama.

“Kededua jenama ini membawa nilai yang unik kepada para penumpang dan pengguna Singapura. Walaupun bermula dengan program manfaat kesetiaan, perkongsian strategik akan menyaksikan kita bersama-sama mengurangkan pengalaman yang lebih lancar menggunakan pengangkutan dan membeli barangan keperluan harian,” tambah Encik Chow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg