JOHOR BAHRU: Perkhidmatan Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral (Larkin Sentral) dan Pasar Awam Larkin telah mula kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Larkin Sentral pada 24 Julai, premis itu telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 5.30 pagi Isnin.





