Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Larkin Sentral di JB beroperasi semula selepas kebakaran

Jul 25, 2023 | 09:25 PM



JOHOR BAHRU: Perkhidmatan Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral (Larkin Sentral) dan Pasar Awam Larkin telah mula kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Larkin Sentral pada 24 Julai, premis itu telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 5.30 pagi Isnin.

“Kawasan Bangunan Terminal, Platform Bas dan Masjid An-Nur Larkin Sentral telah dibuka semula kepada orang awam terutamanya penumpang bas,” menurut kenyataan itu.

Sebahagian kawasan di Aras Bawah dan Aras Satu ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak bagi kerja-kerja siasatan, pembersihan dan baik pulih, kata pihak pengurusan.

Bangunan pasar, bazar dan medan selera turu dibuka semula seperti biasa.

Namun begitu, para pengunjung dinasihati untuk sentiasa mematuhi arahan daripada pihak Polis Bantuan dan keselamatan serta menjauhkan diri dari kawasan kebakaran.

Pada 23 Julai, kebakaran yang berlaku kira-kira 6.30 pagi di Larkin Sentral telah memusnahkan empat premis perniagaan yang terletak di Aras Satu bangunan tersebut.

Menurut Larkin Sentral, kebakaran tersebut dipercayai bermula dari sebuah kedai bahan bacaan di Aras Satu premis berkenaan, namun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >