Nama pelakon dan pengacara setempat, Lydia Asyiqin, memang tidak asing lagi dalam kalangan penonton televisyen setempat.
Selepas tamat mengacarakan rancangan infohiburan Manja, Lydia, 27 tahun, yang sudah melibatkan diri selama 14 tahun dalam industri televisyen kembali pada amanahnya sebagai pelakon dalam drama ‘psychothriller’ Mencari Marina.





