Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tekanan timbul kerana ‘Mencari Marina’

Pelakon Lydia Asyiqin terbawa-bawa dengan watak penulis ‘memoir’ tetapi hargai gandingan bersama Fauziah Latiff
Jul 27, 2023 | 05:30 AM



Nama pelakon dan pengacara setempat, Lydia Asyiqin, memang tidak asing lagi dalam kalangan penonton televisyen setempat.

Selepas tamat mengacarakan rancangan infohiburan Manja, Lydia, 27 tahun, yang sudah melibatkan diri selama 14 tahun dalam industri televisyen kembali pada amanahnya sebagai pelakon dalam drama psychothriller’ Mencari Marina.


Beliau menghidupkan watak Sofi, penulis buku ‘memoir’ (kisah perjalanan hidup) seorang pakar psikologi, Dr Latifah, yang kemudian dipenjara seumur hidup kerana didapati bersalah membunuh suaminya.

Dalam membawa watak ini, Lydia turut berasakan tekanannya sehingga wujud rasa taksub pada watak itu, sampaikan dirinya payah meluputkan watak ini daripada peribadi sebenarnya.

Sebagaimana jelasnya dalam satu wawancara bersama Berita Harian di lokasi penggambaran sekitar kawasan perindustrian Woodlands:


“Sebagai Sofi yang menulis memoir Dr Latifah, seorang banduan yang terjejas emosinya, banyak yang perlu saya usahakan. Stres timbul kerana saya begitu taksub dengan watak itu sehingga terbawa-bawa di rumah. Susah nak lepaskan diri saya daripada watak Sofi yang gigih, teruja dan cuba seberapa daya untuk gali maklumat dalam penjara untuk lengkapi kisah perjalanan hidup Dr Latifah.

“Kerana itulah selepas bawa watak ini, saya rasa betul-betul memerah emosi dan minda saya.”

Sungguhpun begitu, Lydia bersyukur dapat digandingkan dengan bintang Malaysia yang sangat disayangi dan disegani, Fauziah Latiff, yang membawa watak Dr Latifah. Sebabnya, Fauziah atau panggilan mesranya Kak Gee adalah bakat yang ramah, merendah hati dan tidak meletakkan dirinya sebagai seorang diva yang tidak bergaul dengan bakat baru dan kurang berpengalaman.

“Sejauh ini, saya bertuah kerana digandingkan dengan Kak Gee. Saya awalnya tidak tahu Kak Gee akan mempunyai beberapa babak penting dan genting dengan saya. Saya macam tak percaya apabila dipasangkan dengannya. Orangnya lemah lembut, sangat merendah hati, manis dan baik hati. Apabila beliau hayati watak Dr Latifah dan masuk set, personalitinya terus bertukar dan menghadam sepenuhnya karakter yang penuh misteri,” ujar Lydia lagi.

Sebelum ini, Lydia juga pernah bergandingan dengan aktor berkaliber, Beto Kusyairy, yang menjadi cinta hatinya dalam Kisah Tok Kadi.


“Satu perkara yang saya belajar daripada bakat Malaysia ini adalah pemahaman mereka pada skrip yang dibaca. Mereka benar-benar menelaah skrip dan mendalami karakter. Pernah suatu ketika, Beto datang pada sesi pembacaan skrip dan sudah bersiap sedia dengan watak kadi yang serius. Auranya buat saya menggeletar. Saya ingat Beto memang macam tu... serius dan susah nak diajak bergurau,” tambahnya.

Kini, dalam kerjayanya yang hampir 15 tahun dalam bidang seni, Lydia gembira banyak bantuan yang diberi untuk beliau menggalas pelbagai peranan sebagai pelakon dan pengacara.

“Bidang pengacaraan bukan sesuatu yang saya fikir saya dapat lakukan dengan baik. Tak ada rancangan nak jadi pengacara pada awalnya. Tapi alhamdulillah, berkat keyakinan ramai, saya sudah melakukannya untuk tempoh lima tahun dan masih lagi belajar memperhalusi kemahiran saya. Ramai yang membantu saya menggalas amanah saya, baik di Manja atau program lain.


“Moga saya dapat jadikan kerjaya saya lebih bermakna dengan pendedahan pada watak lain yang mencabar atau program berkonsep lain untuk saya hoskan,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >