Pelakon yang dikenali dengan jolokan ‘Hero Malaya’, Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof, selamat melahirkan anak mereka di sebuah hospital swasta, pada 11.17 pagi Khamis.
Berita baik itu Remy kongsi menerusi hantaran dalam Instagram Story yang turut memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan baik.





