Persaingan Anugerah Sukan Singapura 2022 dijangka sengit tahun ini dengan beberapa atlet terkemuka dinamakan sebagai finalis Olahragawan Terbaik.
Jaguh badminton, Loh Kean Yew, dan johan dunia pencak silat Sheik Farhan Sheik Alau’ddin akan bersaing bagi anugerah Olahragawan Terbaik manakala bekas pemain tenis meja, Feng Tianwei, akan berusaha memenangi anugerah keempatnya sebagai Olahragawati Terbaik negara.





