PULAU PINANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bertekad untuk menghentikan amalan rasuah yang mungkin telah menjadi sebati dan merosakkan pentadbiran kerajaan lalu.
Beliau berkata Malaysia ialah negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas, kelapa sawit dan sumber asli lain, tetapi amalan sedemikian telah merosakkan pentadbirannya, lapor Bernama.





