Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tekad saya akhiri rasuah, kata Anwar

Aug 5, 2023 | 5:05 PM
MAHU BERSIHKAN PENTADBIRAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16.
MAHU BERSIHKAN PENTADBIRAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16. - Foto BERNAMA

PULAU  PINANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bertekad untuk menghentikan amalan rasuah yang mungkin telah menjadi sebati dan merosakkan pentadbiran kerajaan lalu.

Beliau berkata Malaysia ialah negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas, kelapa sawit dan sumber asli lain, tetapi amalan sedemikian telah merosakkan pentadbirannya, lapor Bernama.

Datuk Anwar mendakwa, kerajaan sebelum ini dibelenggu amalan pegawai yang meminta ‘komisyen’.

“Saya tidak kisah jika dikecam kuat kerana berusaha menghentikan amalan sedemikian. “Jika saya benarkan ia (rasuah) berterusan, bagaimana negara kita boleh membangun?” kata Datuk Anwar, semasa membuka Perhimpunan Usahawan Bumiputera di Pulau Pinang pada 5 Ogos. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg