Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, akan membuat lawatan kerja ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, dari 10 hingga 12 Ogos 2023.
Dalam lawatannya, Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, akan bertemu Gabenor Kepri Encik Ansar Ahmad, Datuk Bandar Batam dan Pengerusi ex-officio BP Batam, Encik Muhammad Rudi, serta pemimpin Kepri.





