Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki ke Kepulauan Riau bagi lawatan kerja

Aug 10, 2023 | 3:36 PM
LAWATAN KERJA: Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman akan membuat lawatan kerja ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, dari 10 hingga 12 Ogos 2023.
LAWATAN KERJA: Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman akan membuat lawatan kerja ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, dari 10 hingga 12 Ogos 2023. - Foto ST

Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, akan membuat lawatan kerja ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, dari 10 hingga 12 Ogos 2023.

Dalam lawatannya, Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, akan bertemu Gabenor Kepri Encik Ansar Ahmad, Datuk Bandar Batam dan Pengerusi ex-officio BP Batam, Encik Muhammad Rudi, serta pemimpin Kepri.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dikeluarkan pada Khamis, Dr Maliki juga akan membuat lawatan ke industri makanan pertanian, masyarakat perniagaan, serta fakulti dan bertemu pelajar di Politeknik Batam bagi memperluas dan memperdalam kerjasama Singapura dengan Indonesia dan wilayahnya.

Di samping itu, Dr Maliki, yang diiringi pegawai MFA, juga akan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang dihoskan oleh Konsulat Jeneral Singapura di Batam sebagai Tetamu Terhormat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg