Jenama mewah Malaysia, dUCk, akan membawa peminatnya meneroka pengalaman makanan yang unik dipenuhi dengan tema warna ungu ikonik di kafe ‘pop-up’ dUCk yang pertama di Singapura.
Kafe dUCk bertema yang direka khas dengan kerjasama kafe milik syarikat tempatan, MONDAYS mengadakan kafe ‘pop up’ dUCk selama tiga bulan di 8 Jalan Klapa.





