Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tema ungu penyeri sajian

Aug 12, 2023 | 05:30 AM



Jenama mewah Malaysia, dUCk, akan membawa peminatnya meneroka pengalaman makanan yang unik dipenuhi dengan tema warna ungu ikonik di kafe ‘pop-up’ dUCk yang pertama di Singapura.

Kafe dUCk bertema yang direka khas dengan kerjasama kafe milik syarikat tempatan, MONDAYS mengadakan kafe ‘pop up’ dUCk selama tiga bulan di 8 Jalan Klapa.

Apabila memasuki kafe ini, pelanggan akan disambut dengan kusyen bantal monogram dUCk yang ikonik dan lilin dUCk yang tersendiri, lantas menjadikan pengalaman itu tempat yang sesuai untuk pencinta jenama itu menikmati menu yang disusun khas.

Menu bagi kafe ‘pop-up’ ini menggunakan bahan bermutu dan mewah seperti kaviar, itik dan keju gourmet.


‘A Peachin’ Smoked Duck Salad’ sebahagian daripada menu ‘The Mighty dUCk Brunch’ disajikan dengan hirisan buah pic, sayur-sayuran campur dan itik dengan keju feta, kacang pekan panggang dan dibalut dengan sos vinaigret ubi bit merah jambu yang berharga $19.

Hidangan ini mempunyai keseimbangan rasa manis dan masin membuat pelanggan berselera apabila mereka menjamah sajian seterusnya.


‘Spill The High Tea Set’ adalah salah satu hidangan yang tidak boleh dilepaskan untuk dirakam ke Instagram sambil menikmati pelbagai jenis kuih-muih dan manisan. Ini termasuk Truffled Mushroom Crostini, Beef Bacon Tartlet, Lavender Taro Canele dan Earl Grey Lavender Macaron. Setiap set minum petang berharga $38 seorang.


Bagi merasakan pengalaman menjamah sajian mewah, pelanggan boleh mendapatkan set MONDAYS x dUCk Caviar dengan harga $65 dan Pinggan Keju Gourmet dengan harga $47.

MONDAYS, yang terkenal dengan manisan canele ikoniknya, akan menyajikan Canele Lavender Taro, yang pertama seumpamanya yang menaikkan pencuci mulut klasik Perancis tradisional berharga $6.

Minuman yang sangat digemari ramai ialah ‘Talam Keladi Purple Latte’, yang mempunyai asas susu yang dipertingkatkan dengan rasa talam keladi, menjadikannya minuman yang sangat lazat dan unik untuk dicuba. Minuman panas berharga $7, manakala pilihan sejuk ialah $8.

Untuk mengunjungi kafe pop-up dUCk, sila lungsuri ke laman https://mondays.sg/ untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >