WASHINGTON: Sedang tuduhan jenayah terhadap mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, meningkat, pesaingnya bagi Rumah Putih, Encik Joe Biden, bertekad untuk mengelak daripada mengulas masalah undang-undang melibatkan pemimpin Republikan itu.
Sehari selepas Encik Trump didakwa buat kali keempat, atas dakwaan campur tangan pilihan raya di Georgia, Encik Biden terus mengekalkan kenyataan awamnya yang tertumpu pada memanfaatkan sumber kuasa angin...





