Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden fokus pada ekonomi sedang Trump hadapi dakwaan susulan di mahkamah

Aug 16, 2023 | 02:08 PM



WASHINGTON: Sedang tuduhan jenayah terhadap mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, meningkat, pesaingnya bagi Rumah Putih, Encik Joe Biden, bertekad untuk mengelak daripada mengulas masalah undang-undang melibatkan pemimpin Republikan itu.


Sehari selepas Encik Trump didakwa buat kali keempat, atas dakwaan campur tangan pilihan raya di Georgia, Encik Biden terus mengekalkan kenyataan awamnya yang tertumpu pada memanfaatkan sumber kuasa angin dan penciptaan pekerjaan.

Encik Biden yang mengalahkan Encik Trump dalam pilihan raya 2020, dan boleh berdepan dengannya semula pada 2024, terbang ke wilayah Wisconsin untuk mengunjungi kilang pengeluar turbin angin dan mula membuat stesen pengecas kereta elektrik. Kilang tersebut mewujudkan 100 pekerjaan baru.

Rumah Putih “sudah tentu tidak akan mengulas” mengenai masalah undang-undang terbaru melibatkan Encik Trump, kata jurucakapnya, Cik Olivia Dalton, kepada pemberita pada Selasa.

Encik Biden kini lebih berhati-hati menjelang kemungkinan pertarungan semula dalam 2024 dengan Encik Trump, yang kekal berada di hadapan bagi pencalonan Republikan.

Keengganan Encik Trump untuk menerima kekalahannya dalam pilihan raya 2020 kepada Encik Biden, telah menyeretnya kepada banyak dakwaan – pertama di mahkamah persekutuan pada Ogos, dan sekali lagi di wilayah selatan Georgia pada Isnin, di mana beliau disifatkan sebagai mengetuai operasi seperti mafia untuk menumbangkan lawannya itu.

Encik Biden, 80 tahun, diam membisu sejak Encik Trump didakwa kali pertama di New York pada Mac, berhubung pembayaran yang dibuatnya kepada bintang lucah, Stormy Daniels.

Pemimpin Amerika itu tahu bahawa sekalipun sekelumit komen yang dibuatnya, akan digunakan oleh Encik Trump sebagai bukti bahawa dakwaan ke atasnya bertujuan untuk melumpuhkan peluangnya untuk bertanding dalam pilihan raya pada 2024.

Sejak awal musim panas, Encik Biden dilihat mengelak daripada wartawan dan soalan mengenai pesaingnya itu.

Demokrat sebaliknya berpegang kepada laungan mengenai dasar ekonomi, terutamanya melibatkan “Akta Pengurangan Inflasi”.

Meskipun akta itu digubal untuk menunjukkan kepada rakyat Amerika bahawa pemerintah mengambil tindakan ke atas kenaikan harga, namun inti pati dasar itu ialah insentif untuk menarik pelaburan dan penciptaan pekerjaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Encik Biden berkata dasar itu telah menjana pelaburan swasta sebanyak AS$110 bilion ($149 bilion).

“Di Wisconsin sahaja, syarikat tersebut telah melabur lebih AS$3 bilion dalam pengilangan dan penghasilan tenaga bersih sejak Presiden Biden mengangkat sumpah,” kata Rumah Putih pada Selasa.

Untuk kempen pemilihan semulanya pada 2024, Encik Biden mungkin tahu bahawa beliau tidak boleh melenyapkan semua kritikan tentang dakwaan ke atas Encik Trump dan perbicaraan yang akan dihadapinya.

Namun, beliau berpendapat pengukuhan ekonomi Amerika akan meyakinkan pengundi untuk menyokongnya.

Untuk membezakan dirinya daripada pesaingnya, Encik Biden tidak melihat keperluan untuk menyalakan api masalah undang-undang melibatkan Encik Trump.

Tinjauan pendapat menunjukkan Encik Biden mempunyai penarafan keyakinan yang rendah dalam kalangan pengundi, yang tidak memahami sepenuhnya dasar ekonominya dan memandangkan usianya yang bakal menjangkau 86 tahun apabila beliau menamatkan penggal kedua. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >