Peratusan keluar mengundi yang agak rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Malaysia pada Sabtu lalu, disifatkan sesetengah pihak sebagai isyarat bahaya kepada ruang pengurusan demokrasi negara dan ia tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.
Pemerhati politik menyifatkan perkara itu sebagai trend membimbangkan, apatah lagi selepas ini beberapa pilihan raya lagi akan menyusul, termasuk Pilihan Raya...





