Tragedi pesawat jenis jet penumpang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, yang mengorbankan 10 nyawa bukan sahaja mengesankan keluarga mangsa, bahkan diratapi seluruh rakyat Malaysia yang berduka dengan berita malang itu.
Lebih meruntun jiwa, apabila sebahagian mangsa yang terkorban dalam kejadian itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna akibat kesan nahas, termasuk seorang penunggang penghantar makanan dan pemandu e-hailing (kereta sewa...





