Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia berduka tragedi pesawat terhempas

Ketua Polis Negara: Proses urus mayat, padanan DNA dijangka ambil masa
Aug 19, 2023 | 05:30 AM



Tragedi pesawat jenis jet penumpang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, yang mengorbankan 10 nyawa bukan sahaja mengesankan keluarga mangsa, bahkan diratapi seluruh rakyat Malaysia yang berduka dengan berita malang itu.

Lebih meruntun jiwa, apabila sebahagian mangsa yang terkorban dalam kejadian itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna akibat kesan nahas, termasuk seorang penunggang penghantar makanan dan pemandu e-hailing (kereta sewa swasta).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan kira-kira 200 cebisan daging selain beberapa anggota badan terputus seperti kepala, paha dan kaki ditemui yang memerlukan masa bagi pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Justeru katanya, proses bedah siasat mangsa dan padanan DNA dengan 22 waris mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam kejadian pada Khamis dijangka selesai paling awal pada Isnin depan.

“Terlalu banyak cebisan dan padanan DNA yang perlu dilakukan dan ia akan memakan masa. Jabatan Kimia sedang melakukan yang terbaik untuk mangsa nahas ini.

“Oleh itu Jabatan Kimia memaklumkan (padanan DNA) paling awal adalah pada Isnin depan, termasuk bagi urusan menuntut jenazah,” katanya ketika ditemui Berita Harian (BH) semasa menziarahi keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, pada petang Jumaat.


Justeru, Tan Sri Razarudin menyarankan semua waris mangsa agar bertenang dan pulang berehat terlebih dahulu bagi mengelak masalah kesihatan kerana proses menguruskan mayat mangsa mengambil masa lama.

Terdahulu ketika meninjau lokasi kejadian di Elmina, Tan Sri Razarudin berkata 21 barang peribadi milik mangsa juga ditemui dan kawasan pencarian membabitkan kawasan seluas 11,000 meter persegi.

Tinjauan BH ke lokasi kejadian juga mendapati pihak berkuasa telah menjalankan kerja membersihkan kesan kemalangan di jalan raya dan kawasan sekitar.


BH yang membuat liputan di HTAR turut merasai suasana pilu ahli keluarga mangsa yang tidak dapat menahan sebak pemergian mengejut ahli keluarga tersayang.


Pekarangan Jabatan Forensik HTAR dipenuhi keluarga dan sanak saudara mangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menziarahi keluarga mangsa di HTAR.

Sambil merakamkan ucapan takziah, Datuk Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan waris dan keluarga mangsa.

“Saya mohon keluarga terus bersabar. Tiada siapa menjangka kejadian ini boleh berlaku.

“Kerajaan akan bantu ringankan beban waris, termasuklah menguruskan jenazah dan bantuan kewangan bersesuaian yang diperlukan keluarga mangsa,” katanya.

Turut hadir menziarah keluarga mangsa ialah Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, serta pemimpin kerajaan lain.

Nahas tragik yang berlaku kira-kira 2.40 petang Khamis mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Turut terkorban ialah dua juruterbang, Encik Shahrul Kamal Roslan, 41 tahun, dan Encik Heikal Aras Abdul Azim, 35 tahun.

Enam penumpang lain yang terlibat dalam nahas itu ialah bekas pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Encik Kharil Azwan Jamaludin; Encik Shaharul Amir Omar; Encik Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Encik Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Encik Idris Abdol Talib @ Ramali.

Kejadian turut mengorbankan seorang pemandu, Encik Sharipuddin Shaari, 53 tahun, dan penunggang motosikal, Encik Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >