Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin telah ke kediaman Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa untuk menyita harta individu yang pernah menaja hadiah berupa lot tanah banglo kepadanya.
Aishah, 58 tahun, berkata tindakan itu diambil selepas individu itu gagal menyelesaikan isu pembayaran seperti dijanjikan dan sudah menghantar writ penyitaan kepadanya.





