ATLANTA: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan penjara Atlanta selepas dikenakan lebih sedozen pertuduhan jenayah pada Khamis sebagai sebahagian daripada pelbagai kes jenayahnya – termasuk dituduh cuba membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 di Georgia.
Trump berada di penjara selama sekitar 20 minit dan dibebaskan selepas bersetuju dengan bon AS$200,000 ($271,000) dan syarat-syarat pembebasan lain.





