Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Trump ditahan sebentar di penjara sebelum dibebas dengan bon AS$200,000

Aug 25, 2023 | 04:31 PM



ATLANTA: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan penjara Atlanta selepas dikenakan lebih sedozen pertuduhan jenayah pada Khamis sebagai sebahagian daripada pelbagai kes jenayahnya – termasuk dituduh cuba membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 di Georgia.


Trump berada di penjara selama sekitar 20 minit dan dibebaskan selepas bersetuju dengan bon AS$200,000 ($271,000) dan syarat-syarat pembebasan lain.

Pihak berkuasa berkata mereka telah mengambil gambar Trump di Penjara Fulton County, yang pertama melibatkan Trump, lapor agensi berita Reuters.


Dalam gambar yang dikeluarkan Pejabat Syerif, Trump memandang ke arah kamera dengan wajah berang.

Berdasarkan rekod penjara, Trump diletakkan di bawah tahanan dan diberikan nombor banduan P01135809.

Dia dan rombongan kemudiannya meninggalkan penjara selepas ditahan sekitar 20 minit dan terus menuju ke lapangan terbang Hartsfield-Jackson di Atlanta.

Di situ, tempat jet peribadinya sedang menunggu untuk membawanya kembali ke kelab golfnya di New Jersey.

Trump, 77 tahun, merupakan mantan Presiden Amerika yang pertama dihadapkan dengan tuduhan jenayah.

Ketika berucap kepada pemberita selepas ditangkap dan dibebaskan dari penjara, Trump menafikan melakukan kesalahan tersebut dan semua orang mengetahui mengenainya.

“Apa yang berlaku di sini adalah satu penghinaan terhadap keadilan,” katanya, menurut laporan Reuters.


Terdahulu, Hakim Scott McAfee, menetapkan tarikh perbicaraan pada 23 Oktober untuk mendengar keterangan salah seorang daripada 18 defendan bersama Trump dan peguam Encik Kenneth Chesebro.

Namun, hakim menyatakan jadual tersebut masih belum terpakai bagi kes melibatkan Trump atau mana-mana defendan lain.

Selain beliau, sebelas daripada defendan sudah didakwa, menurut pihak berkuasa.

Kesemua 19 defendan perlu menyerah diri pada tarikh akhir Jumaat.

Bekas ketua kakitangan Rumah Putih, Mark Meadows menyerah diri pada Khamis dan dibebaskan dengan bon AS$100,000.

Bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani, yang berkhidmat sebagai peguam peribadi Trump ketika di Rumah Putih, menolak dakwaan palsu bahawa Trump memenangi pilihan raya 2020, turut menyerah diri dan dibebaskan pada Rabu.

John Eastman, seorang peguam konservatif yang dituduh merangka skim untuk menyerahkan senarai pemilih palsu Trump kepada Kongres dan bukannya kepada Presiden Amerika, Encik Joe Biden, juga telah menyerah diri dan dibebaskan.

Keseluruhannya Trump menghadapi 13 pertuduhan jenayah dalam kes di Georgia.

Ia termasuk pemerasan yang biasanya digunakan untuk menyasarkan jenayah terancang, mengenakan tekanan terhadap pegawai untuk mengubah kekalahan pilihan rayanya dan membentuk barisan pemilih yang tidak sah untuk menjejas pengiktarafan kongress terhadap kemenangan Encik Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada 2020. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >