JAKARTA: Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin menggesa orang ramai supaya menggunakan pelitup bagi mencegah penyakit pernafasan akibat pencemaran udara yang menyelubungi ibu kota Jakarta.
“Kita cadangkan pakai pelitup standard sekurang-kurangnya jenis KF94 atau KF95, kerana PM2.5 (zarah) yang berbahaya boleh masuk ke dalam saluran darah,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat mengenai pencemaran udara yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo...





