Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Pencemaran udara di Jakarta: Menteri Kesihatan gesa pakai pelitup

Aug 29, 2023 | 01:32 PM



JAKARTA: Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin menggesa orang ramai supaya menggunakan pelitup bagi mencegah penyakit pernafasan akibat pencemaran udara yang menyelubungi ibu kota Jakarta.


“Kita cadangkan pakai pelitup standard sekurang-kurangnya jenis KF94 atau KF95, kerana PM2.5 (zarah) yang berbahaya boleh masuk ke dalam saluran darah,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat mengenai pencemaran udara yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo atau Encik Jokowi di Istana Presiden, Jakarta, pada Isnin.

Menurut beliau, sekiranya orang ramai berasa kurang selesa atau sakit pada sistem pernafasan, mereka harus segera ke pusat kesihatan atau hospital berhampiran.

“Nanti kita akan mendidik para doktor tentang cara menangani gangguan pernafasan. Kita juga akan bekerjasama dengan Hospital Persahabatan sebagai penyelaras hospital dan pusat kesihatan di Jabodetabek (Jakarta Raya), jadi saya harap sekiranya ada penduduk yang dimasukkan ke pusat kesihatan atau hospital, mereka akan diperiksa dan diberi rawatan yang sama,” ujar Encik Budi.

Jabodetabek adalah singkatan bagi daerah Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi.

Dalam mesyuarat tertutup itu, beliau telah memaklumkan Presiden Jokowi mengenai enam gangguan pernafasan yang boleh dicetuskan akibat pencemaran udara iaitu radang paru-paru, jangkitan pernafasan akut (ISPA), semput, barah paru-paru, penyakit paru-paru kronik dan batuk kering.

Penyakit berpunca daripada gangguan pernafasan, tambahnya, memerlukan biaya besar sehingga 10 trilion rupiah ($88 juta) yang bakal ditanggung Badan Penjagaan Kesihatan dan Jaminan Sosial (BPJS Kesehatan) Indonesia.

Bagi menangani kesan pencemaran udara yang sedang berleluasa di kawasan Jabodetabek ketika ini, Kementerian Kesihatan telah membentuk Jawatankuasa Penyakit Pernafasan dan Kawalan Pencemaran Udara.

Pemantauan terhadap penyakit yang timbul daripada kesan pencemaran udara di Jabodetabek, menyaksikan peningkatan kes jangkitan pernafasan akut yang mencapai purata 200,000 kes sebulan.

Encik Jokowi pada Isnin telah melancarkan kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang pertama di Jabodebek dengan menyifatkan projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.

LRT sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat kepada bandar satelit di Jawa Barat, Bekasi dan Depok.

Orang ramai di kawasan Jabodetabek sering kali menggunakan Laluan Komuter sepanjang 418 kilometer yang menawarkan khidmat kepada sekitar 1.2 juta penumpang setiap hari.

Jakarta telah disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia sejak Mei dan awal Ogos tahun ini, mendahului carta yang dikumpul syarikat teknologi mutu udara Switzerland, IQAir.

Encik Jokowi menyalahkan kesesakan trafik jalan raya dan industri yang menggunakan tenaga arang batu sebagai punca pencemaran tersebut.

Menurutnya, hampir sejuta kenderaan memasuki Jakarta setiap hari.

Terdahulu pihak berkuasa Indonesia mula menjalankan operasi pembenihan awan fasa kedua hingga 2 September bagi mengurangkan pencemaran udara, terutamanya di ibu negara dan sekitarnya

Kementerian Dalam Negeri turut mengeluarkan arahan kepada gabenor dan datuk bandar untuk mengawal pencemaran udara di Jabodetabek, berkuat kuasa 22 Ogos.

Arahan itu menggariskan langkah untuk tugas-tugas hibrid, had kenderaan, pengangkutan yang lebih baik, ujian pelepasan yang lebih ketat, penggunaan pelitup muka, pengurusan alam sekitar, penyelesaian lestari dan kawalan sisa.

Matlamatnya untuk mengimbangi kerja dari rumah dan pejabat serta mengurangkan pencemaran daripada sektor pengangkutan dan industri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >