Untuk memupuk hubungan perniagaan yang lebih kukuh antara Singapura dengan Afrika, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan menawarkan kursus pembangunan kapasiti dalam perundingan perdagangan.
Kursus itu, yang merupakan sebahagian Pakej Kerjasama Singapura-Afrika di bawah Program Perkongsian Singapura, akan bermula pada Januari 2024 dan direka bagi memenuhi keperluan perunding perdagangan Afrika, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan,...





