Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI

Gan: S’pura boleh jadi pemangkin bagi niaga Afrika kembang ke Asia Tenggara

MFA, MTI akan tawar kursus bangunan kapasiti dalam perundingan perdagangan
Aug 29, 2023 | 04:16 PM



Untuk memupuk hubungan perniagaan yang lebih kukuh antara Singapura dengan Afrika, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan menawarkan kursus pembangunan kapasiti dalam perundingan perdagangan.

Kursus itu, yang merupakan sebahagian Pakej Kerjasama Singapura-Afrika di bawah Program Perkongsian Singapura, akan bermula pada Januari 2024 dan direka bagi memenuhi keperluan perunding perdagangan Afrika, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Bercakap di Forum Perniagaan Afrika Singapura (ASBF) pada Selasa, Encik Gan berkata terdapat banyak peluang untuk mengembangkan perdagangan dan hubungan lebih erat antara Afrika dengan Asia Tenggara, satu proses yang Singapura “boleh membantu memangkinkan sebagai nod dalam perdagangan Afrika-Asia”.

“Hari ini, perdagangan Afrika dengan Asia Tenggara hanyalah 2.2 peratus daripada jumlah perdagangan Afrika dengan dunia. Ia berjumlah AS$57.6 bilion ($77.99 bilion) pada 2021. Bukan kecil, tetapi ada ruang untuk menjadi lebih besar.

“Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai pelaburan Afrika ke Asia Tenggara, yang tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan peluang yang ada,” kata Encik Gan.

Dalam ucapannya, Encik Gan berkata Singapura adalah hab perniagaan dan kewangan sejagat dan serantau, serta terhubung dengan rantaian bekalan global melalui ketersambungan fizikal dan digital yang sangat baik.

Beliau menambah, banyak syarikat sejagat termasuk dari Afrika, telah bertapak di Singapura, seperti Cartrack, sebuah syarikat risikan data kenderaan dan armada dari Afrika, yang menggunakan Singapura sebagai hab untuk pengembangannya ke Asia Tenggara.

“Saya mengalu-alukan lebih banyak syarikat Afrika datang ke Singapura, sama ada untuk menjalankan perniagaan di sini atau di rantau ini,” kata Encik Gan.

Buat pertama kali sejak pandemik Covid-19, ASBF kembali dianjurkan secara fizikal bagi edisi ketujuhnya dari Selasa hingga Khamis.

Dianjurkan oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG), forum tersebut menghimpunkan pemimpin perniagaan tertinggi dan pegawai pemerintah dari Afrika dan Asia untuk membincangkan peluang perdagangan dan pelaburan di Afrika.

Menurut EnterpriseSG, perdagangan dua hala dalam barangan antara benua Afrika dengan Singapura mencecah $19.4 bilion pada 2022, berkembang pada kadar pertumbuhan purata kompaun (CAGR) kira-kira 15 peratus antara 2019 dengan 2022. Pada 2021, pelaburan Singapura ke Afrika mencecah $32.1 bilion.

Dalam ucapannya juga, Encik Gan menggalakkan lebih banyak syarikat Singapura supaya mencari peluang perniagaan dan pelaburan di Afrika.

“Hari ini, terdapat kira-kira 100 syarikat Singapura yang berada di 40 negara di Afrika. Mereka berada dalam pelbagai sektor, seperti perkilangan, logistik, komoditi pertanian, dan huraian bandar, serta meneroka peluang dalam pendigitalan dan kemampanan.

“EnterpriseSG sedang bekerjasama dengan senarai syarikat Singapura yang semakin meningkat, yang mempunyai minat mengembangkan perniagaan mereka ke Afrika,” kata Encik Gan.

Beliau turut menyifatkan Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan Kenya – Singapura, yang mula berkuat kuasa pada 20 Ogos 2023, sebagai satu perjanjiaan yang memberi kepastian kepada syarikat dari Afrika dan Singapura yang beroperasi dalam pasaran masing-masing, sekali gus meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan antara kededua negara.

Sejak EnterpriseSG melancarkan forum tersebut pada 2010, lebih 5,000 pemimpin perniagaan dan pemerintah dari 40 negara telah bertemu untuk meneroka perkongsian dan peluang pertumbuhan di Afrika, Singapura dan Asia Tenggara.

Tahun ini, forum tersebut bakal melihat kedatangan delegasi dari 14 negara dari Afrika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >