UNTUK AMAL: Dua aksesori fesyen yang direka dan dijahit Cik Nuryanee Anisah Mohamed Noor menggunakan sisa fabrik ini dibeli pada harga $600 di acara amal Persatuan Disleksia Singapura (DAS) pada Ogos.
SingapuraSep 10, 2023 | 5:30 AM

Pelajar disleksia boleh cemerlang, tubuh niaga bantu suri rumah, warga emas

Perjalanan pembelajaran Cik Nuryanee Anisah Mohamed Noor sebagai seseorang yang mengalami disleksia panjang dan penuh liku.

Di Darjah 1, sedang kebanyakan rakan-rakannya sudah lancar membaca dan menulis, beliau masih merangkak.

Pada 23 September, beberapa hari sebelum pemergiannya, Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (dua dari kiri), telah meminta untuk bertemu dengan kumpulan muzik, Kopratasa, dan menjemput mereka membuat persembahan dalam konsert ‘Beyond The Stage 2026’ anjuran Universiti Multimedia (MMU) yang terletak di Cyberjaya, Malaysia.
HiburanOct 2, 2026 | 5:30 AM

Siti Hasmah sempat tunai hajat ketemu kumpulan Kopratasa sebelum meninggal dunia

Menurut anggota kumpulan muzik Kopratasa, Usop, beberapa hari sebelum Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 September, Allahyarhamha telah minta untuk bertemu dengan kumpulan itu.

Usop, atau nama penuhnya, Mohd Yusof Ahmad, berkongsi pertemuan tersebut berlangsung semasa Kopratasa dijemput mengadakan persembahan dalam konsert Beyond The Stage 2026, yang...

Misha Omar, 45 tahun, menyifatkan Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sebagai seorang ‘bidadari’ ketika mengenang pengalaman interaksi mereka sewaktu beliau berpeluang memikul watak Allahyarhamha menerusi pementasan ‘Muzikal Tun Mahathir II’ pada 2011.
HiburanOct 2, 2026 | 5:30 AM

Misha Omar imbau kenangan manis lakon watak Siti Hasmah

Berpeluang memikul watak Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, ketika muda menerusi pementasan Muzikal Tun Mahathir II pada 2011, penyanyi, Misha Omar menyifatkan pengalaman itu sebagai kenangan paling bermakna sepanjang kerjayanya.

Menurut Misha, 45 tahun, beliau berpeluang bertemu Allahyarhamha Dr Siti Hasmah secara peribadi untuk mendalami watak berkenaan selain berpeluang mengenali sisi Allahyarhamha dengan lebih dekat.

Elly Mazlein, yang baru sahaja bertemu Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pada acara ‘Majlis Seniman Semeja’ pada 21 September di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, berkata pemergian Allahyarhamha merupakan satu kehilangan yang amat besar buat Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
HiburanOct 2, 2026 | 5:30 AM

Elly Mazlein: Pemergian Siti Hasmah satu kehilangan besar buat Malaysia, seluruh dunia

Menurut penyanyi, pelakon dan pengacara dari Malaysia, Elly Mazlein, pemergian Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat Malaysia.

Elly, atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 46 tahun, berkata beliau begitu terkejut sebaik sahaja menerima berita duka mengenai pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu.

Remaja berusia 16 tahun turut menyertai beberapa pelayan bertema ISIS di wadah permainan, Roblox, yang menampilkan persekitaran maya yang direka menyerupai kawasan konflik sebenar tempat ISIS beroperasi.
WacanaOct 2, 2026 | 5:30 AM

Merentasi ideologi: Bagaimana naratif bentuk fahaman pelampau ganas

Kes-kes terkini yang diumumkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura menyerlahkan perubahan penting dalam fahaman pelampau ganas masa kini.

Sejak 2025, beberapa belia yang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didapati terpengaruh oleh pelbagai ideologi yang berubah-ubah.

Pasukan Singa (jersi merah) cuba mengatasi asakan pemain Harimau Malaya ketika perlawanan Kumpulan A Piala Asean FIFA. Singa akhirnya ditundukkan 6-0. Keputusan itu bermakna Singa tersingkir daripada kejohanan tersebut
SukanOct 1, 2026 | 10:39 PM

Singa tersingkir dari Piala Asean Fifa selepas tewas kepada M’sia

Perjalanan Singa di dalam kejohanan Piala Asean Fifa berakhir selepas dibelasah 6-0 oleh Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 1 Oktober.

Malaysia mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama sebelum menggandakan lagi empat gol dalam separuh masa kedua.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video