Kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam pada Pilihan Raya Presiden 2023 ini menunjukkan bahawa rakyat Singapura inginkan seorang Presiden yang bukan hanya dapat menyatukan rakyat malah juga mewakili mereka di peringkat setempat dan antarabangsa, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
Dalam pada masa yang sama, beliau menambah ia juga mencerminkan tahap kepercayaan rakyat negara ini dalam memilih...





