Setelah menjalani cuti hospital dan dua prosedur angioplasti, Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied yang juga naib pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap kembali melaksanakan tugasnya berkhidmat kepada masyarakat.
Pada Rabu, Encik Faisal, 48 tahun, telah bertemu penduduk di Divisyen Kaki Bukit di bawah GRC Aljunied, menurut WP dalam satu hantaran di Facebook yang dimuat naiknya pada Khamis.





