TBILISI: Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente, berkata beliau amat yakin dengan keupayaan pemain remaja Lamine Yamal dari Barcelona, walaupun pemain itu belum terbukti di peringkat antarabangsa.
Yamal, 16 tahun, boleh menjadi pemain termuda dari Sepanyol mewakili negara itu jika diturunkan bagi perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Georgia pada pagi tadi atau apabila menentang Cyprus.





