Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yamal, 16 tahun, amat istimewa: Jurulatih Sepanyol

Sep 08, 2023 | 11:42 AM



TBILISI: Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente, berkata beliau amat yakin dengan keupayaan pemain remaja Lamine Yamal dari Barcelona, walaupun pemain itu belum terbukti di peringkat antarabangsa.


Yamal, 16 tahun, boleh menjadi pemain termuda dari Sepanyol mewakili negara itu jika diturunkan bagi perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Georgia pada pagi tadi atau apabila menentang Cyprus.

“Lamine begitu ligat apabila kita melihatnya di televisyen. Tapi selepas menyaksikannya dalam latihan, saya lebih sedar akan potensinya.

“Beliau tampak lebih baik daripada apa yang saya jangkakan,” kata De la Fuente dalam sidang media yang diadakan pada Jumaat.

“Buat masa ini, beliau dianggap sebagai pemain amat penting bagi kami dan beliau berada di sini bersama pasukan kerana keupayaannya sendiri. Saya yakin sepenuhnya akan keupayaan beliau.”

Sepanyol sedang memburu kelayakan ke Euro 2024 selepas permulaan yang mengecewakan sejauh ini.

Namun, persiapan bagi pertarungan itu dibayangi kontroversi melibatkan  presiden persekutuan bola sepak negara itu, Luis Rubiales, yang kini digantung selepas beliau mencium pemain wanita nasional Jenni Hermoso.

Namun, De La Fuente berkata tumpuan pasukannya tidak terganggu.

“Sejak kami memulakan kem latihan, saya tidak fikir apa-apa lagi selain daripada Georgia dan Cyprus. Kami percaya kami boleh kembali ke landasan yang baik untuk melayakkan diri ke Euro 2024 jika kami tumpukan perhatian pada bola sepak,” kata De La Fuente.


Sepanyol kini menduduki tangga keempat dalam Kumpulan A, sembilan mata di belakang Scotland yang mendahului kumpulan selepas ia menewaskan Sepanyol di Glasgow. 

Namun begitu, Sepanyol masih mempunyai dua perlawanan dalam tangan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >