Penyanyi Indonesia, Putri Ariani berjaya mara ke pentas akhir program ‘America’s Got Talent’ (AGT) musim baru pada 5 September lalu selepas mendapat tepukan sanjungan sambil berdiri dan membuatkan Simon Cowell hilang kata-kata menerusi persembahan terkininya.
Putri, 17 tahun, mendendangkan lagu U2 berjudul I Still Haven’t Found What I’m Looking For dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.





