Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Juri terpesona persembahan Putri Ariani, mara ke final AGT

Sep 08, 2023 | 02:23 PM



Penyanyi Indonesia, Putri Ariani berjaya mara ke pentas akhir program ‘America’s Got Talent’ (AGT) musim baru pada 5 September lalu selepas mendapat tepukan sanjungan sambil berdiri dan membuatkan Simon Cowell hilang kata-kata menerusi persembahan terkininya.

Putri, 17 tahun, mendendangkan lagu U2 berjudul I Still Haven’t Found What I’m Looking For dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.


Cowell yang juga juri program itu paling teruja dengan persembahan menakjubkan terbabit mengakui sangat bersyukur Putri mencuba nasib untuk musim baru AGT, laporan Harian Metro.


“Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini.

“Seikhlasnya untuk detik-detik seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah,” katanya.

Tiga juri lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum, dan Howie Mandel juga sangat bersetuju persembahan berkenaan antara yang terbaik pernah mereka saksikan.

Putri adalah antara peserta yang berjaya layak ke peringkat seterusnya selepas mendapat ‘Golden Buzzer’ daripada Cowell di peringkat uji bakat.

Terdahulu, penyanyi yang mempunyai masalah penglihatan itu memukau dunia dengan nyanyian, Sorry Seems to Be the Hardest Word sewaktu uji bakatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >