KUALA BERANG: Seorang pelajar madrasah maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 382.6 Lebuhraya Pantai Timur 2, laluan Bukit Besi-Ajil, di sini.
Ketika kejadian jam 11.32 malam Jumaat, Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal, 20 tahun, dalam perjalanan dari arah Kampung Sri Bandi Kijal di Kemaman menghala ke madrasah di Kampung Bukit Bading...





