NEW YORK: Novak Djokovic menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7-5), 6-3 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Amerika Syarikat pada Ahad dan sekali gus menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam.
Kemenangan itu, yang keempat dalam 10 pertarungan akhir di Flushing Meadows, menyempurnakan satu lagi pencapaian Grand Slam yang luar biasa untuk Djokovic dengan kemenangan di...





