Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Djokovic juara Terbuka AS samai rekod gelaranGrand Slam ke-24 Margaret Court

Sep 11, 2023 | 02:38 PM



NEW YORK: Novak Djokovic menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7-5), 6-3 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Amerika Syarikat pada Ahad dan sekali gus menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam.


Kemenangan itu, yang keempat dalam 10 pertarungan akhir di Flushing Meadows, menyempurnakan satu lagi pencapaian Grand Slam yang luar biasa untuk Djokovic dengan kemenangan di Terbuka Australia, Perancis dan Amerika tahun ini untuk kembali ke kedudukan teratas dunia.

Jaguh Serbia berusia 36 tahun itu menjadi pemenang tertua lelaki Terbuka Amerika dan yang pertama memenangi tiga kejuaraan Grand Slam dalam satu musim untuk kali keempat.

“Ia sungguh bermakna kepada saya,” kata Djokovic.

“Saya benar-benar meraih impian zaman kanak-kanak saya,” tambahnya.

“Untuk mencipta sejarah sukan ini adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa, sukar untuk mengungkapkannya dengan kata-kata.

“Saya telah menyemai impian zaman kanak-kanak ketika saya berumur tujuh, lapan tahun... saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia,” katanya dengan penuh ceria.

Dan ia adalah impian yang terus menjadi kenyataan. Djokovic telah memenangi lebih banyak Grand Slam daripada mana-mana pemain lelaki lain dan kini berkongsi rekod keseluruhan dengan Margaret Court.

Selepas merangkul kejuaraan bersejarahnya itu, Djokovic melemparkan raketnya ke udara dan terus berlutut di tengah-tengah tepukan gemuruh para penonton yang teruja dengan kejayaannya itu.

Djokovic kemudian bangun dan mencari anak perempuannya di tepi gelanggang untuk pelukan penuh emosi sebelum kembali ke bangku di mana beliau mengeluarkan kemeja-T dengan kekata ‘Mamba Forever’ di hadapan dan nombor 24 di belakang.

Baju itu adalah penghormatan kepada kedua-dua pencapaiannya dan mendiang rakan Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, yang memakai nombor itu sepanjang kerjaya bintang itu sebelum meninggal dunia dalam nahas helikopter.

“Saya terfikir untuk memakai kemeja-T ini jika saya memenangi kejohanan itu,” kata Djokovic.

“Kobe adalah kawan rapat, kami banyak berbual tentang mentaliti pemenang.

“Ketika saya cedera beliau adalah antara orang yang paling saya harapkan. Beliau sentiasa ada untuk memberi nasihat dan bantuan.

“Saya masih ingat 24 adalah jersi yang beliau pakai ketika beliau menjadi legenda Lakers dan bola keranjang dunia,” jelas Djokovic.

Kali terakhir Djokovic dan Medvedev bertembung dalam kejohanan terbuka Amerika adalah pada final 2021, apabila pemain Russia itu merangkul satu-satunya kejohanannya dan menafikan pemain Serbia itu kalendar Grand Slam yang jarang dicapai.

Seperti dijangka dalam pertandingan yang menampilkan dua pemain hard court utama sukan itu, hampir setiap mata dipertandingkan dengan rali yang panjang ketika mereka bertembung.


Djokovic memulakan saingan dengan cemerlang dan memberikan tekanan serta-merta untuk mendahului 3-0.

Tetapi kerja keras pencabarnya dari Russia yang tidak mengenal penat itu tidak membuahkan hasil dan akhirnya gagal menyekat Djokovic daripada pencapaian bersejarahnya itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >