IPOH: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah apabila buat julung-julung kali melahirkan empat juruterbang dalam kalangan wanita.
Mereka ialah Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli dan Inspektor Yeoh Yee Chee, masing-masing berusia 31 tahun, selain Inspektor Siti Nabila Abdullah dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, kedua-dua berusia 33 tahun.





