Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 juruterbang wanita pertama polis M’sia selepas 44 tahun

Sep 12, 2023 | 01:41 PM



IPOH: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah apabila buat julung-julung kali melahirkan empat juruterbang dalam kalangan wanita.


Mereka ialah Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli dan Inspektor Yeoh Yee Chee, masing-masing berusia 31 tahun, selain Inspektor Siti Nabila Abdullah dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, kedua-dua berusia 33 tahun.

Empat pegawai wanita itu antara 12 yang menamatkan kursus Lesen Juruterbang Persendirian Siri 19 sempena sambutan Hari Ulang Tahun PGU ke-44 pada Isnin.

Untuk rekod ia kali pertama PGU melahirkan juruterbang wanita sejak penubuhan pasukan itu pada 1 Februari 1979.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dengan penyematan lencana sayap penerbangan pada majlis hari ini, semua pegawai kanan dan pegawai rendah polis itu layak untuk menjalankan tugas operasi penerbangan bersama kru penerbangan sedia ada.

Beliau berkata, secara amnya peranan PGU terbahagi kepada enam tonggak utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, pencegahan jenayah, sokongan operasi, penerbangan ihsan, penerbangan taktikal dan penerbangan latihan.

“Selain itu PGU turut memberi bantuan dalam menyediakan platform udara kepada agensi kerajaan selain PDRM, dalam membantu jabatan berkenaan menjalankan tugas dan fungsi masing-masing,” katanya

Beliau berkata, PGU sebelum ini dikenali sebagai Unit Udara Polis (UUP) di bawah komander berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dengan jumlah kekuatan 48 pegawai dan anggota, tetapi kini pasukan itu dipimpin komander berpangkat Deputi Komisioner (DCP) dengan kekuatan keseluruhan 644 orang.

Sementara itu, Komander PGU, DCP Datuk Noor Sham Md Jani, berkata empat anggota wanita itu adalah daripada 36 peserta wanita yang menyertai kursus berkenaan.

“Ini adalah perintis kita untuk juruterbang untuk kapal terbang dan insya-Allah, bulan depan kita akan dapat enam lagi juruterbang wanita untuk helikopter pula, pertama kali dalam sejarah Pusat Latihan PGU melatih enam orang berpangkat inspektor wanita,” katanya.

Inspektor Nur Hidayah yang dinobatkan sebagai Pelatih Penerbangan Terbaik berkata, beliau menyertai pemilihan PGU untuk juruterbang kapal terbang pada November 2021 dan menghabiskan latihan Julai lalu.

“Cabarannya kerana kami adalah juruterbang wanita yang pertama, jadi kami haruslah menunjukkan kebolehan kami sama seperti lelaki dari segi akademik dan dari segi penerbangan,” kata anak keempat dalam keluarga tujuh beradik itu.

Bagi Inspektor Siti Nabila dan Inspektor Yeoh, mereka menyertai kursus itu kerana ingin mencabar diri melakukan sesuatu yang baru selain menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dan anggota PDRM yang lain khususnya wanita. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >