PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia tidak akan mengizinkan sebarang perbuatan mengganggu atau tindakan melampau terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun dalam satu wawancara bersama Cik Christiane Amanpour dari CNN di New York pada Sabtu, Datuk Anwar berkata Malaysia tidak akan mengiktiraf hak LGBT.





