Masjid-masjid di sini mempunyai kepentingan besar sebagai pemangkin kesejahteraan dan pembangunan ummah. Seiring dengan besarnya kemuliaan masjid, maka umat Islam yang mengimarahkan dan menyumbang kepada masjid turut dikurniakan ganjaran tinggi di sisi Islam.
Menurut Pegawai Dakwah (MRO) Masjid Haji Muhammad Salleh@Maqam Habib Noh, Ustaz Abdul Hafiz Habib Rahman, terdapat beberapa keistimewaan yang diberi kepada mereka yang berusaha membangunkan masjid.





