Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH@MAQAM HABIB NOH

Ganjaran bagi merekasemarakkan masjid

Sumbangan sekecil mana pun
mampu peroleh pahala
Sep 29, 2023 | 05:30 AM



Masjid-masjid di sini mempunyai kepentingan besar sebagai pemangkin kesejahteraan dan pembangunan ummah. Seiring dengan besarnya kemuliaan masjid, maka umat Islam yang mengimarahkan dan menyumbang kepada masjid turut dikurniakan ganjaran tinggi di sisi Islam. 

Menurut Pegawai Dakwah (MRO) Masjid Haji Muhammad Salleh@Maqam Habib Noh, Ustaz Abdul Hafiz Habib Rahman,  terdapat beberapa keistimewaan yang diberi kepada mereka yang berusaha membangunkan masjid. 

Ustaz Abdul Hafiz menukil sebuah hadis riwayat Imam Muslim bermaksud: “Dan tidaklah suatu kaum berkumpul dalam satu daripada beberapa masjid, mereka membaca dan bertadarus kitab-Nya antara mereka, kecuali turun kepada mereka ketenangan dan dipenuhi rahmat dan dikelilingi para malaikat, serta Allah menyebut mereka antara orang yang dekat di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Disebutkan juga dalam riwayat Imam al-Tirmidzi: “Barangsiapa membangun masjid kerana Allah, kecil atau besar, maka Allah membangun baginya rumah di syurga.”

BANTU SIKIT DAPAT PAHALA

Menurut Ustaz Abdul Hafiz lagi, keutamaan membangunkan masjid bukan hanya untuk mereka yang membangunkan masjid yang besar dan gah, bahkan juga termasuk masjid kecil dan sederhana. 

Jelas beliau: “Pahala besar membangun masjid tidak hanya tertakluk untuk seorang penyumbang yang mengeluarkan dana secara keseluruhan, tetapi ia mencakupi pembangunan masjid secara kolektif. 

“Hal ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berusaha membangunkan masjid seperti mengeluarkan wang, menyumbang tenaga, menyebarkan khabar bahawa masjid akan dimakmurkan, diperbaiki atau lain-lain, maka seseorang itu sudah mendapat pahala seperti yang disebutkan dalam hadis tadi.

“Walaupun mempunyai keutamaan dan pahala yang besar, tetapi niat penyumbang masjid juga perlu didasari dengan tujuan kerana Allah.

“Hendaklah seseorang itu menderma dengan niat yang baik seperti mencari keredaan Allah, membesarkan syiar agama Islam, menghidupkan kegiatan agama dan sebagainya, sesuai dengan kalimat “lillahita’ala” (membangun kerana Allah).”


SETIAP SUMBANGAN
BERMAKNA

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hafiz turut menghargai dermawan yang berganding bahu dalam memakmurkan Masjid Haji Muhammad Salleh@Maqam Habib Noh, sebagai wadah penyatuan ummah yang bertanggungjawab menyebarkan kegiatan dakwah dan kemasyarakatan. 

“Alhamdulillah, kami menerima banyak sokongan daripada masyarakat. Setiap sumbangan yang diperolehi daripada mereka akan dikembalikan manfaatnya untuk mengukuhkan legasi umat Islam di sini.

“Insya-Allah, dengan sokongan dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi daripada masyarakat, peranan Masjid Haji Muhammad Salleh@Maqam Habib Noh, akan terus diperkukuhkan, bukan hanya menarik minat umat Islam, malah untuk orang bukan Islam yang disantuni,” ujarnya. 

SUMBANGAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI:


1. Imbas kod QR yang disediakan atau PayNow ke S03MQ0039G.

2. Pemindahan wang ke dalam akaun semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH. Sila nyatakan di ruang ‘rujukan’, sama ada untuk sumbangan bagi masjid ataupun dana makam.

3. Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220- 9257 untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >