KE JINJANG PELAMIN: Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari 2024 bersama Dayang Anisha Rosnah Adam.
DuniaOct 9, 2023 | 1:16 PM

Istiadat perkahwinan Pengiran Muda Brunei pada Jan 2024 akan berlangsung 8 hari

BANDAR SERI BEGAWAN: Pengiran Muda Putera Abdul Mateen Bolkiah dijadual melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024. Pernikahan diraja ini telah diumumkan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Borneo Bulletin, istiadat perkahwinan diraja ini akan berlangsung selama lapan hari yang merangkumi berbagai acara penting dalam tradisi istiadat diraja....

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.
MalaysiaOct 26, 2026 | 4:22 PM

Sekolah Johor dibuka berperingkat, operasi penuh dijadual 28 Oktober

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di Johor dijadualkan kembali beroperasi sepenuhnya pada 28 Oktober, tertakluk kepada perkembangan kualiti udara, manakala kehadiran pada 26 dan 27 Oktober dihadkan kepada murid yang perlu menduduki peperiksaan.

Ketetapan terbaru itu memperincikan pengumuman kerajaan negeri pada 24 Oktober yang sebelum ini menyatakan semua institusi pendidikan akan beroperasi semula mulai 26 Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han.
MalaysiaOct 26, 2026 | 4:12 PM

Johor pelawa firma S’pura manfaatkan inisiatif ekon JS-SEZ

JOHOR BAHRU: Syarikat Singapura dipelawa menjadikan Johor sebahagian daripada strategi perniagaan serantau dengan menggabungkan fungsi ibu pejabat, penyelidikan dan kewangan di republik ini dengan kegiatan pembuatan, pergudangan serta prasarana digital di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membolehkan kedua-dua ekonomi memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk...

Notis tersebut dikeluarkan pada 23 Oktober. Wakil syarikat yang gagal mematuhi arahan boleh dikenakan penalti jika tidak memberikan kerjasama.
SingapuraOct 26, 2026 | 4:09 PM

Semua 10 firma berpangkalan di S’pura akui terima notis jerebu NEA; majoriti sedia kerjasama

Kesemua 10 syarikat berpangkalan di Singapura yang diberikan notis di bawah undang-undang jerebu Singapura telah mengakui penerimaan permintaan maklumat daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengenai kaitan mereka dengan kebakaran di Indonesia.

Tiga daripada syarikat itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada mereka akan memenuhi permintaan NEA. Syarikat tersebut ialah Indofood Agri Resources, TSH Global Plantation dan TSH Oversea. Kegagalan mematuhi...

Antara pelbagai langkah yang dicadangkan adalah meringankan beban cukai bagi pekerja warga emas serta menampung kos mengekalkan pekerja warga emas.
SingapuraOct 26, 2026 | 4:05 PM

S’pura naikkan usia persaraan ke 65 tahun mulai Jan 2029, setahun lebih awal

Usia persaraan dan pekerjaan semula bagi pekerja di Singapura masing-masing akan dinaikkan kepada 65 dan 70 tahun mulai 1 Januari 2029, setahun lebih awal daripada jadual asal pada Julai 2030.

Langkah tersebut memberi pekerja warga emas hak berkanun yang lebih kukuh untuk kekal bekerja lebih lama, sekali gus memberi mereka kepastian serta jaminan keselamatan dalam merancang kerjaya lanjutan mereka.

Saranan Program Beban Kerja Fleksibel (FLP) yang dibentangkan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerjaan Warga Emas (TWG-SE) bertujuan menyokong majikan mencipta serta memperluas peluang kerja dengan beban fleksibel.
SingapuraOct 26, 2026 | 3:54 PM

Bantuan kewangan bagi tampung kos majikan wujudkan beban kerja fleksibel

Lebih banyak peluang kerja fleksibel akan disediakan bagi pekerja warga emas, sekali gus membantu mereka mengimbangi kerjaya dengan komitmen peribadi seperti menjaga ahli keluarga.

Dikenali sebagai Program Beban Kerja Fleksibel (FLP) atau Flexi-Load Programme, daya usaha itu merupakan antara enam saranan utama Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerjaan Warga Emas (TWG-SE) dalam laporannya yang dikeluarkan pada 26 Oktober.

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video