Warga Singapura yang menetap atau sedang berada di Israel atau Palestin harus meninggalkan kedua-dua tempat itu secepat mungkin melalui pilihan komersial yang tersedia, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mereka yang ingin kekal di sana dinasihatkan supaya terus berwaspada, memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan mengelak kawasan yang terkenal dengan gangguan awam atau tempat orang ramai...





