Rancangan melawat Baitulmakdis bagi sekumpulan 38 jemaah Hahnemann Travel & Tours, yang baru berangkat dari Singapura pada Rabu terpaksa dibatalkan akibat ketegangan berterusan antara Israel dengan Palestin.
Bercakap kepada Berita Harian tengah hari Rabu, pengurus Hahnemann, Ustaz Muhammad Ahmad, berkata pihaknya telah menggantikan rancangan ziarah ke kota suci itu – termasuk Masjid Al-Aqsa – dengan lawatan tempat bersejarah di Jordan...





