JAKARTA: Polis Indonesia telah mengambil tindakan berhubung kes yang melibatkan gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pihak jawatankuasa terhadap Miss Universe Indonesia 2023 pada 4 Oktober lalu.
Ini setelah pihak polis menyoal siasat 28 orang iaitu 8 orang mangsa gangguan seksual, 14 orang saksi, tiga pihak yang membuat laporan polis serta empat pakar dalam kes pencabulan seksual oleh penganjur acara..





