Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek disoal siasat kes gangguan seksual Miss Universe Indonesia

Oct 13, 2023 | 02:18 PM



JAKARTA: Polis Indonesia telah mengambil tindakan berhubung kes yang melibatkan gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pihak jawatankuasa terhadap Miss Universe Indonesia 2023 pada 4 Oktober lalu.


Ini setelah pihak polis menyoal siasat 28 orang iaitu 8 orang mangsa gangguan seksual, 14 orang saksi, tiga pihak yang membuat laporan polis serta empat pakar dalam kes pencabulan seksual oleh penganjur acara..

Media Indonesia melaporkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Miss Universe Indonesia, Cik Andaria Sarah Dewia telah dinamakan sebagai individu yang disyaki.

Pada Khamis, Cik Sarah menjalani soal siasat sebagai individu yang disyaki di Pejabat Polis Metro Jaya, ditemani oleh peguamnya, Encik David Pohan.

Cik Sarah ketika bertemu media beliau menafikan melakukan gangguan seksual dengan melakukan ‘pemeriksaan badan’ secara separuh bogel.

“Saya terkejut dengan berita yang tersebar luas di pelbagai media. Saya berani bersumpah bahawa tuduhan ini tidak benar. Saya percaya kebenaran akan terbukti, saya tidak melakukan, merendahkan martabat orang lain atau ‘body shaming’. Maksud saya, marilah, saya bukan orang yang merendahkan fizikal dan saya tidak ada niat untuk menggangu seksual,” katanya.

Pada Ogos lalu, beberapa peserta Miss Universe Indonesia memfailkan laporan polis mendakwa penganjur melakukan gangguan seksual selepas dikenakan ‘pemeriksaan badan’ secara separuh bogel.

Peserta pertandingan ratu cantik Indonesia yang diadakan di Jakarta antara 29 Julai hingga 3 Ogos lalu itu, mendakwa pihak penganjur meminta lima daripada mereka membuka pakaian untuk pemeriksaan fizikal di dalam sebuah bilik yang dipenuhi lebih 20 orang, termasuk lelaki.

Peguam mangsa, Cik Mellisa Anggraeni, berkata para finalis tidak dimaklumkan bahawa mereka akan menjalani prosedur sedemikian, kerana pada asalnya ia sepatutnya sesi mencuba pakaian.

Kesemua 30 finalis dalam pertandingan itu tertakluk kepada pemeriksaan badan yang tidak dimaklumkan, dan lima daripada mereka telah diambil gambar. Kelima-lima peserta kemudian dirakam gambar dalam keadaan separuh bogel.

Peguam Cik Sarah, Encik David Pohan mendakwa pengambilan foto terhadap para finalis dilakukan secara dekat dan tidak dalam keadaan telanjang. Beliau menyatakan pengambilan foto itu telah mendapat persetujuan para finalis.

Jurucakap polis Jakarta Encik Trunoyudo Wisnu Andiko beritahu pemberita bahawa siasatan dibuat setelah laporan polis telah difailkan oleh peserta.

Polis melancarkan siasatan terhadap aduan itu menggunakan laporan itu sebagai “asas untuk siasatan lanjut’‘. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >