JAKARTA: Kumpulan penyokong terbesar dan rangkaian sukarelawan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah memihak dan mengesahkan sokongan mereka terhadap jeneral pesara, Encik Prabowo Subianto, sebagai calon presiden pada pemilihan yang akan diadakan Februari 2024.
Kumpulan sukarelawan seramai 7 juta itu – yang menyokong Encik Jokowi dan dikenali sebagai ‘ProJo’ – pernah memberikan sokongan dalam pencalonan presiden pertama Encik Jokowi pada...





